Lobster air tawar (Freshwater Crayfish) juga di kenali sebagai Udang Kara Air Tawar. Pada awalnya Malaysia sudahpun menerima kewujudan & kehadiran lobster air tawar ini sejak tahun 2000 lagi. Namun oleh kerana kurangnya pendedahan tentang proses penjagaan & penternakan lobster air tawar ini menyebabkan ianya tenggelam tanpa berita.
Lobster Air Tawar ini dikatakan berasal dari Queensland, Australia. Terdapat juga beberapa spesis yang berasal dari Benua Amerika & Benua Eropah. Kebanyakannya yang diternak di sekitar Malaysia & Indonesia didatangkan dari benua Australia. Kesesuaian iklim asia
menyebabkan para penternak mengambil inisiatif untuk menternak lobster air tawar ini.
Lobster Air Tawar adalah satu satu diantara spesis dalam keluarga udang (Crustacea). Kebiasaannya yang sering kita dengar hanyalah jenis lobster air laut. Lobster Air Tawar ini asalnya adalah dari selatan dunia seperti di Australia. Nama lain bagi Lobster Air Tawar ini ada 3 iaitu crayfish, crawfish, dan crawdad.Pada awal peringkat penemuan, Lobster Air Tawar hanya dijadikan sebagai bahan hiasan oleh sesetengah pengguna. Namun ia kini telah dijadikan sebagai bahan makanan dan mendapat tempat di pasaran komersil. Keluarga Lobster Air Tawar pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;
a) Astacidae
b) Cambaridae
c) Parastacidae
Lobster air tawar jenis Astacidae dan Cambaridae dikatakan terdapat di bahagian utara dunia, manakala Parastacidae asalnya dijumpai di bahagian selatan dunia, Kebiasaannya Lobster Air Tawar tinggal di kawasan air mengalir, danau, rawa, dan di kawasan pegunungan. Ia juga tinggal di dalam air lumpur. Pendek kata, ia merupakan sejenis haiwan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan boleh hidup di mana-mana kawasan berair.
Cara menternak Lobster Air Tawar :
Masih ramai yg membincangkan atau sedang tertanya lobster air tawar .spesis yang satu ini memang amat terhad dipasaran, betapa tidak cuba anda makan ditanya diwarung2 dan restoren yang biasa menyajikan hidangan sea food ,baik restoren besar pun belum tentu tersedia ,umumnya,sangat jarang tersedia hidangan/menu lobster.dan satu lagi lobster ini dagingnya kenyal dan lazat,walau hanya dicicah dengan sos..kandungan kolesterolnya yang rendah dan baik untuk dihidangkan untuk semua orang yang menyukai sea food.tapi sukar mendapatkannya .
Menternak lobster air tawar sangat mudah, kerana dilihat dari bentuk badannya yang kuat dan tahan terhadap penyakit,dan tahan segala cuaca.namun perlu diperhatikan apabila ianya ingin dikomersilkan ,tentu banyak yang perlu diketahui,sebaiknya segera mulailah dari sekarang.Kerana Peluang Bisnes yang menjanjikan keuntungan besar.. atau sekadar mengisi masa lapang .
Untuk menternak atau membesarkan lobster air tawar tidaklah sukar ,cukup ada minat kesabaran dan persiapan sedikit ilmu.
1. Siapkan tempat seperti kolam tanah,kolam semen,kolam PBC atau fibreglass .
2. Yang utama adalah isilah air yang bersih bebas daripada pencemaran sebelum benih dilepaskan.
Cara perawatan lobster air tawar :
Pemberian makan 2 kali sehari dan sebaiknya diberi makan pagi dan petang menjelang malam, membersihkan filter/membuang kotoran yang berupa sisa makanan atau kotoran lobster itu yang mendap dijaga agar pump gelembung udara selalu bekerja dan juga lebih diperhatikan saat penggantian air hanya tidak membuang seluruh isi kolam, hanya ditukar 20%-30%,agar tidak merubah suasana yang sangat cepat.dan biasanya bila hal ini terjadi lobster - lobster tsb akan segera berganti kulit.sama halnya dengan rawatan ikan - ikan hias lainnya.
Cara pemberian pakan lobster air tawar:
Pemberian makan dilkukan 2 kali sehari yaitu pagi dan menjelang malam
Untuk jenis makan lobster air tawar tidak tergantung pada makanan pellet saja ..